Pelakon sensasi, Janna Nick mencuri perhatian pengikutnya apabila dilihat memakan salji yang dicampur bersama madu ketika berada di sebuah puncak pergunungan salji.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, sejak dahulu lagi dia teringin untuk makan salji dan setidak-tidaknya ingin melakukannya sekali seumur hidup.
Bagaimanapun, Janna, 27, tidak berkongsi secara terperinci lokasi pergunungan salji tersebut.
Hari ini saya akan makan salji. Ini bukan pertama kali saya bermain salji. Tapi setiap kali saya datang ke tempat yang ada salji, saya akan rasa nak makan salji.
Menerusi video yang dikongsikan, pelakon Misteri Mona itu dilihat mencalitkan sedikit madu yang dibawa bersama sebelum menggumpal segenggam salji untuk dimakan.
Sedap salji ini. Serius! Gebu dan sejuk tak seperti ais dalam peti sejuk. Lepas ini kena bawa mangkuk, susu, sirap, kacang dan gula merah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur melihat gelagat Janna di negara orang.
“Balik cepat Janna, risau pulak macam-macam yang aneh-aneh dia try dekat sana tu” tulis seorang pengikut.
“Ahh ghisau kita, lagi lama duk sana pelik-pelik kejadian nanti” tulis seorang lagi pengguna Instagram.