Written by Bella | December 8th, 2019

Baru-baru ini selebriti popular Neelofa meluahkan rasa terkilan dan sedih dengan sikap sesetengah orang Melayu yang didakwanya mahu menjatuhkan bangsa sendiri. Kenyataan itu dibuat susulan kontroversi melibatkan jenama susu pisang Nilofa yang didakwa ‘overclaim’ tentang khasiat daripada sudut kesihatan.

neelofa

Pada masa yang sama, Dr Amalina Bakri menerusi akaun Twitternya meminta tiada pihak memainkan isu serta menggunakan alasan perkauman untuk menutup kesalahan yang dilakukan.

Apa yang disuarakan oleh Dr Amalina bukanlah kerana mahu mencetuskan perbalahan, sebaliknya sebagai seorang doktor, dia harus menyampaikan fakta yang betul serta memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap produk yang berkemungkin boleh menjejaskan tahap kesihatan pengguna.

dr amalinasusu pisang nilofa

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus status itu ditujukan kepada siapa. Namun, rata-rata netizen menganggap ia mungkin berkaitan dengan isu terbaru melibatkan Neelofa.

susu pisang nilofasusu pisang nilofa

Terdahulu, risalah berkaitan susu pisang Nilofa mengelirukan pengguna apabila produk tersebut dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah, obesiti, meningkatkan kadar metabolisma serta membantu membuang toksik dari badan. Difahamkan, produk Nilofa turut diperiksa oleh pihak KKM di kilang dan juga gudang. Mereka meminta agar pihak Nilofa HQ mengubah pembungkusan susu tersebut.

Sumber Berita : Twitter Dr Amalina Bakri

39 responses to Bukan Isu Melayu Jatuhkan Melayu, Salah Tetap Salah – Dr Amalina Bidas Kenyataan Neelofa?

  1. Melayu Maju says:

    Ne la manusia yg dah takde otak, hodoh & b&$oh! What’s wrong being humble and admitting mistake.. and yet keep saying ‘melayu nak jatuhkan’ and Please, you are an example of ‘melayu bodoh’!

  2. Anonymous says:

    Ksian student science. Student sains (eg : medicine, nutrition) pnt bljr. Tp bila time kerje mkn gji je. Siapa jutawan? founder2 yg jual produk2 kesihatan, supplement.Yg amik degree in marketing, bisnes @ managemnt @ bljr stkt spm je.tak relate dgn sains lgsg pn.

  3. meetomato says:

    same goes with other business especially MLM businesses….ramai yg menipu! takde etika langsung!

  4. Otak mlyu says:

    Lopak terdiam x berani reply Dr amalina..hahahaha

  5. Shahrul says:

    Same MO – Always playing the victim

Tinggalkan Komen Anda Di Sini