Baru-baru ini selebriti popular Neelofa meluahkan rasa terkilan dan sedih dengan sikap sesetengah orang Melayu yang didakwanya mahu menjatuhkan bangsa sendiri. Kenyataan itu dibuat susulan kontroversi melibatkan jenama susu pisang Nilofa yang didakwa ‘overclaim’ tentang khasiat daripada sudut kesihatan.
Pada masa yang sama, Dr Amalina Bakri menerusi akaun Twitternya meminta tiada pihak memainkan isu serta menggunakan alasan perkauman untuk menutup kesalahan yang dilakukan.
Apa yang disuarakan oleh Dr Amalina bukanlah kerana mahu mencetuskan perbalahan, sebaliknya sebagai seorang doktor, dia harus menyampaikan fakta yang betul serta memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap produk yang berkemungkin boleh menjejaskan tahap kesihatan pengguna.
Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus status itu ditujukan kepada siapa. Namun, rata-rata netizen menganggap ia mungkin berkaitan dengan isu terbaru melibatkan Neelofa.
Terdahulu, risalah berkaitan susu pisang Nilofa mengelirukan pengguna apabila produk tersebut dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah, obesiti, meningkatkan kadar metabolisma serta membantu membuang toksik dari badan. Difahamkan, produk Nilofa turut diperiksa oleh pihak KKM di kilang dan juga gudang. Mereka meminta agar pihak Nilofa HQ mengubah pembungkusan susu tersebut.

Anonymous
December 10, 2019 at 7:43 am
Apa pasal pisang mo gado la bertenang dedua nnt aku bg korg berdua PISANG aku…..kongsi sama2….baikkk nyer pisang makan xabes punya..
Mia
December 9, 2019 at 8:26 pm
Ye betul.. buat smoothie sendiri.. lg berkhasiat..
Anonymous
December 9, 2019 at 6:20 pm
aku suka Dr.Amalina tegur… semakin ramai produk timbang kilo overclaimed produk diorg padahal memasing xde pengetahuan tentang ingredients…
bodoh sape yg beli susu pisang lopak nih… nk sihat beli susu fresh blend dgn pisang.. itu yg betul..
Anonymous
December 9, 2019 at 6:12 pm
dah memang produk overclaimed… serbuk susu pun timbang kilo + tepung utk pekat… nk menipu agak2 laaaa… fans lopak yg kesian gigih menjilat gara2 terpaksa jual stok.. tu laa xpikir panjang sblm jd agent family paki nih.. yg kaya lopak family yg bodoh agent2 membuta tuli jual produk..