Bukan Isu Keselamatan Tapi Isu Tak Ketuk ‘Pintu Rumah’ Pejabat Daerah Semporna

Trending

Bukan Isu Keselamatan Tapi Isu Tak Ketuk ‘Pintu Rumah’ Pejabat Daerah Semporna

Kali ini kami petik pula berita yang dikeluarkan Sinar Harian yang berjaya mendapatkan respon Pegawai Daerah Semporna, Suhaimi Ejip berkaitan isu Ebit Lew.

Menurut kenyataan Pejabat Daerah Semporna, mereka faham niat baik yang cuba dilakukan Ebit Lew tetapi mereka tidak dimaklumkan kunjungan pasukan bantuan Ebit Lew dan hanya memaklumkan tujuannya untuk masuk ke pulau berkenaan selain mahu mendirikan struktur untuk pembinaan sekolah.

Advertisement

Ebit Lew dikatakan tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna

Saya sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan beliau dan menghargainya namun apabila kita memasuki ‘rumah’, kita haru mengetuk ‘pintu rumah’ terlebih dahulu, namun beliau tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna.

Hanya pembantu Ebit Lew datang ke pejabat dan bukan Ebit Lew

Sebaliknya hanya memaklumkan jadual perjalanannya melalui pembantu peribadinya dan tidak bertemu secara bersemuka menerangkan tujuan dan jabatan yang mempunyai autoriti yang membenarkan individu atau agensi masuk ke daerah adalah Pejabat Daerah. – Jelasnya.

Suhaimi turut ditanyakan soal penempatan yang ingin dinaikkan Ebit Lew dan ini penjelasannya.

Kita memberi sokongan moral kepada beliau sebagai Muslim namun untuk pembinaan penempatan di bawah seliaan Taman-Taman Sabah (TTS).

Jika Ebit melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), mereka juga perlu rujuk kepada Pejabat Daerah. Kalau buat pondok sementara kita mungkin boleh benarkan atas dasar budi bicara namun jika mendirikan kelas KAFA ia bersifat kekal dan pulau itu ada pemilik atau pewarisnya.

Bukan isu keselamatan seperti yang dihebahkan orang ramai

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Sabarudin Rahmat turut menjelaskan Isu ini bukan tentang isu keselamatan. Ia lebih kepada isu kebenaran masuk dalam kawasan yang diwartakan dan di bawah pengurusan dan kawalan serta bidang tanggungjawab oleh pihak TTS.

Isu ini mungkin berlaku kerana ada salah faham antara beberapa pihak dan semoga ia dapat diselesaikan dan misi bantuan dapat diberikan kepada rakyat Malaysia yang betul-betul memerlukan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...