July 30th, 2018

Bila sebut tentang poligami ataupun hidup bermadu, hampir semua wanita tidak mahu perkara itu berlaku. Tidak mahu rasa perit melalui dugaan dan ujian berkongsi kasih.

Namun, lain pula buat pelakon Datin Seri Umie Aida. Entah apa yang beliau mimpikan semasa tidur sehingga ketika beliau bangun, beliau dengan rela hati memberikan keizinan buat suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkahwin lagi.

Menerusi akaun Instagramnya, Umie berkata beliau bukanlah seorang isteri sempurna dan sanggup untuk bermadu asalkan suaminya tidak membuat perkara tidak elok dibelakangnya.

Rata-rata peminat juga tertanya mengapa Umie mengeluarkan kenyataan yang agak mengejutkan itu. Bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar rumah tangga beliau dan suami kekal bahagia sehingga ke jannah.


15 responses to “Bukan Isteri Sempurna, Umie Aida Beri Izin Suami Kahwin Lagi”

  1. ciK piNgu says:

    tersentuh hati mse bacakat IG Umie Aida.

    doa yg baik2 utk Umie.

  2. Anonymous says:

    Baiknya hati umi Aida..ikhlas ke..dh kuat n cukup redha ke..jgn cuma sedapkn hati je

  3. Anonymous says:

    Maka semua warga2 “Husna” bersorak riang.

  4. awekkk says:

    Husna mana husna…elokla ni klo husna nk kejar..tk yah kalut2..tp kena extend masjid la, jangan ko minta robohkan pulak husna..

    hihi..just melawak
    #janganbencicintaku

  5. Wekkkkkkk says:

    Kkdg..bila dh lma brmh tangga..kkdg ada gak muak dgn seks. Tambhan lgi jika sesama dh berumur. Mungkin sbuln 2 kli je.
    Janji ada tman utk berbicara dn teman ke mana2.
    Lgipun Datin dan Datuk..semua dh ada..
    Rasanya Datuk tu pun dh brsyukur ada Datin..tak mungkin laki dia mahu lagi. Klaulah laki mahu..sudah lma dia buat.
    Menyusahkn je bernikh lagi.
    Bukn semua lelaki suka ada lebih bini.
    Bkn sng dpt mcm ni.

Loading...