Tindakan selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi memuat naik foto menutup mata sebelah kirinya mengundang kecaman netizen.
Rata-rata netizen kurang senang dengan perkongsian Heliza itu dan menuduh dirinya meniru artis Illuminati.
Sokong Illuminati dan Dajjal
Tutup sebelah mata sebenarnya tanda
solidariti
Ramai yang salah faham dengan mesej yang cuba disampaikan oleh Heliza. Sebenarnya, simbol menutup sebelah mata itu adalah tanda solidariti terhadap Muath Amarneh iaitu seorang jurugambar bebas Palestin yang telah kehilangan mata kiri sepenuhnya selepas ditembak oleh tentera Israel.
Kejadian itu turut menarik perhatian media antarabangsa dimana wartawan dari seluruh dunia menyatakan solidariti dengan memakai penutup mata. Bukan itu sahaja, kempen menggunakan hastag ‘MuathEye’ dan ‘EyeofTruth’ turut menjadi trend di media sosial.
Heliza merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.
Harapnya dengan sedikit infomarsi yang kami berikan ini, tiada lagi pihak yang akan salah faham dengan Heliza.