Sedia maklum, baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi ada memberi amaran kepada bekas isteri, Nurul Shuhada untuk memadam gambar mereka bersama kerana mahu mempromosikan satu produk.
Susulan itu, sewaktu ditemubual oleh pihak mStar, Shuhada atau mesra dikenali sebagai Shu akui terkejut dengan tindakan Hafidz yang mahu menyamannya jika tidak memadam gambar tersebut.
Bukan I yang salah. Banyak pula duit dia nak saman-saman kan. Duit nafkah anak-anak pun culas.
Dalam pada itu, wanita tersebut berkata dirinya sudah mengikat kontrak dengan produk tersebut, jadi segala posting tentang produk terbabit yang ada di laman Instagram adalah idea syarikat berkenaan.
Malah, Shu berkata gambar tersebut digunakan hanya untuk menunjuk lemak di belakang badan sewaktu dirinya masih berisi dan tidak mempunyai sebarang niat untuk pergunakan wajah Hafidz.