Filem Joker arahan Todd Philips yang ditayangkan bermula 3 Oktober lalu semakin mendapat sambutan hangat dari penonton. Joker lakonan Joaquin Phoenix kali ini dijangkakan mendapat anugerah ‘Film Of The Year’ dengan garapan pengarah dan pelakon hebat ini.
Untuk anda yang tak tahu, filem ini mengisahkan tentang Arthur Fleck yang ingin menjadi Joker. Selepas gagal mencipta nama dalam dunia komedi, dia kemudian berkeliaran berpakaian seperti badut di bandar. Semakin lama dia hilang kewarasan dan mencetuskan provokasi hingga menjadikannya penjenayah ikonik digelar ‘Joker’.

“Minit pertama saya menonton filem ini saya terasa ingin lari keluar kerana intensiti emosi yang ditunjukkan.”
JOKER
Minit pertama saya menonton filem ini saya terasa ingin lari keluar kerana intensiti emosi yang ditunjukkan dalam babak bersahaja Arthur Fleck menconteng mukanya amat meninggalkan kesan pada diri saya.Itu bukan emosi biasa. Yang ditunjukkan itu emosi yang mampu dirasai
— DrRostam (@zaidrostam) October 5, 2019
“Filem Joker ni heavy. Too heavy.”

Filem Joker ni heavy. Too heavy. Banyak scene yang terlampau ganas. Tak sesuai untuk budak kecik. Tapi kalau kau suka berfikir, pernah ada depression, faham apa itu depression, memang boleh layan tengok movie ni. Tak banyak aksi tapi movie ni mendalam.
9/10.
— Kamalhohoho (@Kamal_Kamarudin) October 5, 2019
“Penindasan ke atas orang miskin, stigma penyakit mental, korupsi pemimpin, gejala masyarakat, jenayah, dll.”
Filem Joker (2019) mempunyai mesej yang begitu kuat — penindasan ke atas orang miskin, stigma penyakit mental, korupsi pemimpin, gejala masyarakat, jenayah, dll.
Penyampaiannya cukup bagus dan lakonan Joaquin Phoenix cukup mantap. Cuma perjalanan ceritanya agak perlahan.
9/10 pic.twitter.com/cGp4BW2bsL
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) October 6, 2019
“Terjadinya joker bukan kehendak dia,tapi masyarakat yg bentuk dia. Truly a Masterpiece.”

Joker kali ni mmg dalam level dia sendiri. Filem ni mmg gambaran bagaimana Joker tu blh terjadi. Transformasi Joker dh jadi satu simbol yg diangkat sebagai hero bergantung kau dipihak mana. Terjadinya joker bukan kehendak dia,tapi masyarakat yg bentuk dia. Truly a Masterpiece. pic.twitter.com/lHM39wsBaL
— MuhdHidayatullah (@mhidayatullah31) October 2, 2019
“Filem ni bukan typical filem superhero blockbuster so jangan harapkan aksi semata. Joker adalah filem character study.”
PERINGATAN kepada ssiapa yang nak pergi tengok Joker. Filem ni bukan typical filem superhero blockbuster so jangan harapkan aksi semata. Joker adalah filem character study. Senang cete, filem ni lebih kepada artsy and not flashy. Kalau rasa bosan, pegi balik tngok Fast & Furious. pic.twitter.com/vu1Hb323GG
— MiruL_MiruL (@justmirulmirul) October 3, 2019
“Kita jugalah yang telah melahirkan sisi-sisi jahat dan kejam dari dalam diri manusia disekeliling kita.”
Kita lebih senang untuk menafikan dan berlalu pergi, dari mengakui, berhenti dan menghulurkan tangan atau sekurang-kurangnya menjadi mendengar yang boleh dipercayai
— Pendidik ?? (@pendidikmajalah) October 4, 2019
“Jalan cerita sedikit mendatar dan ia lebih memfokuskan kepada masalah penyakit mental.”
Secara peribadi Joker sebuah filem yang agak berat untuk ditonton. Lakonan Jacqueline Phoenix bagi saya masih belum menandingi Heath Ledger namun ia sangat memuaskan.
Jalan cerita sedikit mendatar dan ia lebih memfokuskan kepada masalah penyakit mental.
Skala 7/10 pic.twitter.com/RZeyOEiMEl
— Xavier Naxa? (@XavierNaxa) October 3, 2019
Menurut Forbes, kutipan filem Joker hampir mencecah $350 juta setakat ini dan dijangkakan akan terus meningkat. Menjadikan filem Joker antara filem kutipan terbesar bagi Warner Bros untuk tahun 2019.
Artikel berkaitan: Filem Joker Cetuskan Kontroversi Dengan Kandungan Terlalu ‘Disturbing’ Bagi Penonton