Bukan Hanya Di Wuhan, Hidangan Kelawar Dan Haiwan Eksotik Turut Dijual Di Pasar Basah Indonesia

Trending

Bukan Hanya Di Wuhan, Hidangan Kelawar Dan Haiwan Eksotik Turut Dijual Di Pasar Basah Indonesia

Seperti yang diketahui semua, virus Wuhan yang sedang menular kini dikatakan berpunca daripada penjualan haiwan eksotik di sebuah pasar di sana. Kumpulan pertama pesakit yang dijangkiti oleh wabak itu juga merupakan penjual dan pengunjung tetap pasar tersebut.

Baca: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

Advertisement

Bukan hanya di Wuhan, malah sebuah pasar basah yang terletak di Sulawesi Indonesia ini juga menjadi lokasi popular untuk dapatkan haiwan eksotik. Kepelbagaian etnik dan kaum di sana menjadikan pemakanan haiwan eksotik ini adalah suatu perkara yang biasa di sana. Malah, kanak-kanak kecil juga sudah terbiasa dengan makanan sebegini.

Antara haiwan eksotik yang dijual di sana ialah kelawar, monyet, ular malah daging anjing dan kucing turut dijual. Pasar Tomohon ini juga dikenali dengan kekejaman terhadap haiwan yang dijual kerana anjing dan kucing dikurung di dalam sangkar dan dipukul sehingga mati.

kelawar pasar tomohon

Pada tahun 2018, seorang YouTuber dari saluran terkenal Best Ever Food Review Show telah melawat sendiri Pasar Tomohon di Sulawesi dan merasai hidangan tempatan, daging kelawar. Di dalam rancangan tersebut, seorang penduduk tempatan menunjukkan proses penyediaan hidangan itu dari mula sehingga akhir.

Pada akhir rancangan, mereka sama-sama mencuba sendiri hidangan tersebut yang dikatakan rasanya mirip dengan daging ayam. Hidangan daging kelawar bukanlah sesuatu yang aneh dan pelik kerana ianya pernah dinobatkan sebagai hidangan popular di Indonesia.

Kelawar dan virus Ebola

ebola

Virus Ebola mula dikenali pada tahun 1976 berhampiran Sungai Ebola yang kini dikenali sebagai Republik Demokratik Congo. Walaupun saintis masih tidak dapat kepastian asal usul virus ini, tetapi berdasarkan nature virus itu ianya berasal dari virus dibawa haiwan.

Saintis juga berjaya menemui kelawar yang hidup berhampiran kawasan yang dijangkiti dan mendapati virus yang sama terdapat pada kelawar di sana. Walaubagaimanapun, penduduk di Indonesia menafikan daging kelawar membawa keburukan dan bahaya malah ianya dikatakan memberikan khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...