Anak lelaki kepada pelakon Azri Iskandar dan Ellie Suriati, Azrell Omar mendedahkan bahawa bapanya itu kini sedang mengenali wanita lain untuk dijadikan calon isteri.
Ujar Azrell, dia dan adik beradiknya yang lain juga sudah bertemu dengan wanita yang mahu dirahsiakan identitinya itu.
Katanya lagi, dia memberi restu jika bapanya itu menjalinkan hubungan serius dengan wanita tersebut berbanding Dr Azra yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini.
Bulan lepas ayah ada membawa kami adik beradik serta dua lagi anaknya daripada perkahwinan pertama untuk perkenalkan wanita itu kepada kami.
Kami sekeluarga ada keluar makan dan apa yang saya nampak hubungan kali ini lebih serius sebab ayah dan wanita itu sudah berjumpa agak kerap.
Namun begitu, Azrell masih tidak mengetahui status sebenar bapa dengan wanita itu sama ada mereka benar benar bercinta ataupun tidak.
Saya lihat wanita itu boleh terima bapa seadanya jadi saya rasa wanita ini mungkin baik untuk ayah saya tetapi saya tidak mahu terlalu rapat selagi hubungan mereka belum betul-betul serius.
Disoal mengenai keadaan ibu, Ellie Suriati pada ketika ini, Azrell memaklumkan bahawa ibunya lebih bahagia dan beranggapan perpisahan adalah jalan terbaik buat mereka berdua.
Terdahulu, Azri memaklumkan bahawa hubungannya bersama seorang wanita bergelar Dr Azra semakin renggang kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.
Malah, perancangan untuk bernikah pada hujung tahun ini turut ditunda dek kerana isu tersebut.
Azri sebelum ini pernah bernikah dengan pelakon Ellie Suriati selama 19 tahun sebelum bercerai pada 17 Mei tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.