Tidak mahu orang ramai salah anggap, pelakon Zarina Anjoulie menyangkal perkongsian cerita dirinya pernah dicurangi yang dikongsikan di media sosial itu mempunyai kaitan dengan pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Pengalaman diri sendiri
Menurut Zarina atau lebih mesra digelar Anju ini, hal yang diceritakan itu berdasarkan pengalaman yang terjadi pada dirinya sendiri sahaja. Dia menegaskan tiada sebarang kena mengena dengan kes mereka.
Video terakhir yang saya buat tak ada kena mengena dengan kes Bella. Saya tiada teman lelaki yang curang ke? Ini video pasal saya.
Saya hanya buat hal sendiri. Saya cerita tentang diri saya.
Tidak masuk campur
Bukan itu sahaja, pelakon ini turut memberi penjelasan tersebut bagi menepis dakwaan netizen yang membuat andaian Anju masih berhubung dengan Aliff memandangkan mereka berdua pernah dikatakan rapat.
Tambah Anju, bukan Bella seorang sahaja yang pernah dicurangi dan dirinya juga merupakan salah seorang mangsa dalam hal tersebut.
Ada yang ingat saya sibuk kes Bella. Saya juga melalui situasi dalam hidup.
Banyak lagi hal saya nak fikir dari sibuk hal orang lain. Saya ada kehidupan sendiri juga.
Bukan Bella sahaja yang kena curang, ramai lagi. Saya juga salah seorang.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu. Tak lama kemudian, kedua pelakon ini telah memuat naik kenyataan rasmi yang menjelaskan kejadian sebenar di hari tersebut serta menafikan sebarang hubungan istimewa.