Pasti ramai yang tahu selebriti popular, Hanis Zalikha bukan sahaja mempunyai jenama tudungnya tersendiri tetapi turut melancarkan produk kecantikan Cakenis Petite Oil.
Sebelum ini timbul beberapa isu apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan logik keberkesanan produk tersebut dengan sapuan sahaja boleh mengawal nafsu makan.
Terbaru, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Hanis ‘overclaim’ produk minyaknya itu. Siap tunjuk bukti kajian terperinci daripada luar negara dan dia sendiri “eksperimen” produk itu terhadap dirinya. Menurut Hanis ia sememangya mengurangkan selera makan dan membuatkan dia tampil lebih langsing.
Kalau dengar memang sangat berkesan dan menakjubkan tetapi ia tidak dapat dibuktikan kerana Hanis sememangnya sudah sedia kurus.
“Hanis memang kurus”
“Bagi bukti research tiada kaitan
dengan produk dia jual”
Hakikatnya memang mustahil kalau hendak tampil langsing dan cantik dengan hanya menggunakan minyak sahaja. Perlukan usaha dan disiplin tinggi untuk bersenam serta mengamalkan diet sihat. Biasalah apa yang Hanis buat tu, gimik marketing kan? Eh..
Anonymous
November 1, 2019 at 9:27 am
Kakak kepada Hanis dah cuba belum? Buktikan dia kurus dulu baru boleh percaya.
epahlepat
November 1, 2019 at 9:10 am
korang follow la FB Khairul Yoi .. dia sendri cakap produk cakenis ni produk sampah.. dia byk post pasal produk2 yg betul2 elok, selamat digunakan atau PRODUK SAMPAH.
ak pening
November 1, 2019 at 8:09 am
haha..aku pn pk bnde same..
die kate minyak ni kurang kn nfsu mkan..how come die tukar jd benapsu makan salad je..mak is kompius…
Allycat
October 31, 2019 at 11:51 pm
Aku takkan dengar tips diet daripada pmpuan gedik yg berat badan xpernah lebih dari 60kg. Tp meroyan overweight la gemuk la..pegi mamp.