Sebelum ini, pernah tular seorang wanita asnaf di platform media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberinya lampin jenis tape, sedangkan dia mahu lampin pakai buang jenis seluar (pants).
Selepas itu, dia menjadi perhatian sekali lagi kerana mendakwa pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjadi punca dirinya tidak boleh dijalan.
Wanita asnaf tular isu pampers dah boleh berjalan?
Terbaru di platform Threads, seorang individu memuat naik video dashcam memaparkan wanita berkenaan kelihatan sihat menaiki motor bersama seorang lelaki dipercayai suaminya.
Malah, dapat dilihat wanita itu boleh berjalan seperti biasa kerana sempat memetik bunga di tepi jalan, lalu membonceng belakang suaminya.
Netizen perli boleh ada anak lagi, dah cergas
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memerli wanita tersebut dengan mengatakan dirinya boleh melahirkan seorang anak lagi kerana sudah kembali sihat, malah berasa ‘terkejut’ melihat dia cergas berjalan macam biasa.