Nama isteri pelakon Riezman Khuzaimi, iaitu Datuk Azie Sheikh Mohd, tiba-tiba menjadi bualan selepas ada dakwaan di media sosial yang mengaitkannya sebagai individu menghantar sihir kepada usahawan terkenal, Kak Ton.
Namun, Kak Ton atau nama sebenarnya Dr. Zaiton Hassan, 67, tampil menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah tidak berasas. Katanya, dia langsung tidak mengenali Azie dan hanya pernah melihat Riezman di kaca televisyen suatu ketika dahulu.
View this post on Instagram
Jelas Kak Ton kepada mStar,
Bukan dia! Dia tiada kena-mengena dengan saya. Kami tak pernah kenal. Suami dia pernah nampak berlakon dalam drama, isterinya pula saya tak pernah tahu kewujudannya,
Menurutnya lagi, dia tidak pernah mendedahkan identiti individu yang dipercayai menghantar sihir kepadanya, bahkan perkara itu tidak pernah diberitahu kepada ahli keluarga atau anak-anak.
Kak Ton menjelaskan tuduhan liar yang tersebar di media sosial berpunca daripada spekulasi netizen yang terlalu ingin mengetahui siapa dalang sebenar.
Netizen sendiri yang buat andaian sehingga timbul fitnah. Saya tak pernah sebut nama sesiapa. Hanya saya, Allah dan orang itu saja yang tahu. Saya selalu pesan, jangan buruk sangka kerana saya tidak pernah menuding jari kepada sesiapa.
Tambah Kak Ton, perkongsian tentang penderitaan yang ditanggung akibat perbuatan sihir hanyalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kewujudan ilmu hitam, bukannya untuk menuduh mana-mana individu secara khusus.