Bukan Calang-Calang! Ini Info-Info Menarik Mengenai Suami Baru Mizz Nina, Essam Muhammad

Trending

Bukan Calang-Calang! Ini Info-Info Menarik Mengenai Suami Baru Mizz Nina, Essam Muhammad

Sebelum BeautifulNara kongsikan info menarik tentang individu ini, pihak kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat wanita hebat Mizz Nina serta suaminya, Essam Muhammad!

Berita gembira yang dikongsikan oleh Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, semalam, sememangnya membuatkan banyak pihak berasa terkejut serta gembira kerana bekas penyanyi tersebut telah menemui seseorang yang boleh menjaganya serta anak.

Advertisement

Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah Essam Muhammad ini kan? Ok! Kali ini BeautifulNara akan kongsikan info-info menarik mengenai jejaka yang berjaya menawan hati Mizz Nina.

Kacukan dua negara

essam muhammad

Essam Muhammad merupakan individu kacukan Maghribi dan Amerika Syarikat yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat.

Tulis puisi

essam muhammad

Dimulakan sejak kecil, Essam mempunyai bangkat dalam menulis puisi sejak umurnya 8 tahun dan memulakan karier dalam bidang seni selepas melancarkan muzik video pertama, West My Home pada Mei 2016.

Karya-karya dinspirasi oleh seseorang

essam muhammad

Melalui laporan Genius.com, kebanyakkan karya-karya yang dibuat oleh Essam dinspirasikan oleh ibu tercinta.

Berdakwah

essam muhammad

Difahamkan, penyanyi rapper ini menjalankan dakwah bagi komuniti Muslim di Amerika Syarikat, Kanada, Sepanyol, dan Belanda.

Mempunyai dua album

essam muhammad

 

Mempunyai karier sebagai penyanyi rapper yang aktif, Essam Muhammad telah pun mengeluarkan dua album iaitu 12.12 pada 2018 dan Chapter20six pada 2020.

Mula berlakon

essam muhammad

Baru-baru ini, Essam telah berlakon dalam sebuah filem bertajuk Purple Don’t Cry yang berkisah tentang komuniti Islam yang cuba untuk melindungi generasi muda.

Apa-apa pun, pihak BeautifulNara mendoakan agar pengantin baru ini kekal hingga ke Jannah dan dikurniakan cahaya mata soleh solehah..

suami mizz nina rap
11 months ago

"Inilah Dipanggil Sefrekuensi, Jodoh Yang Sekufu" - Video Suami Mizz Nina 'Rap' Di Atas Pentas Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...