“Bukan Buffet Hotel, Tetapi Bazar Ramadan Penyumbang Terbesar Pembaziran Makanan”

Trending

“Bukan Buffet Hotel, Tetapi Bazar Ramadan Penyumbang Terbesar Pembaziran Makanan”

Bazar Ramadan ialah penyumbang terbesar pembaziran makanan di bulan puasa.

Pengarah Operasi Yayasan Food Aid, Hayati Ismail berkata, tidak seperti yang sering dipercayai ramai orang, Buffet Ramadan bukan penyumbang pembaziran. Ini kerana hotel telah belajar dari pengalaman, dan telah melaksanakan kaedah pencegahan pembaziran melalui sistem tempahan dan memasak secara langsung di buffet.

Advertisement

Dia berkata, 25 hingga 35 peratus pembaziran makanan sebenarnya datang dari bazar kerana penjual mempunyai mentaliti, “masak terus menerus dan harap dapat jual semua makanan. Dia memberitahu New Straits Times:

Peniaga bazar ramadan tidak merancang berapa banyak hendak dimasak. mereka tidak membuat anggaran atau perancangan perniagaan.

Bila makanan tak habis dijual, kebanyakannya dibuang, berbanding di hotel, di mana makanan surplus dihantar ke kafeteria staf.

Hayati berkata, hanya beberapa bazar, iaitu di Putrajaya, Lembah Pantai, Pandan Indah dan Kampung Baru yang bekerjasama dengan MY Save Food supaya makanan yang tidak terjual dibahagikan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Ada beribu Bazar Ramadan di Lembah Kelang sahaja. Mendapatkan sukarelawan untuk mengumpulkan makanan pada bulan Ramadan memang sukar.

Tambahan pula, sesetengah jenis makanan mula rosak seawal jam 9.00 malam. Keselamatan makanan ialah cabaran terbesar bila bercakap tentang bazar.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian.

Hayati berkata, makanan yang dimasak di lokasi bazar jarang terbazir, contohnya murtabak dan ayam bakar.

Untuk sumbangan pihak hotel, dia menerangkan yang makanan yang diberi oleh mereka ialah makanan segar dan belum dihidangkan.

Hayati berkata, bank makanan tidak mengambil makanan surplus dari barisan buffet kerana ia ‘mempunyai risiko terhadap kesihatan’ yang lebih tinggi, memandangkan ia terdedah pada suhu bilik dan orang ramai.

Kami ‘menyelamatkan makanan hotel di dapur, yang masih dipanaskan pada suhu 63°C. Makanan yang tidak habis dimakan biasanya dibungkus dan dibekukan. Pasukan Food Aid akan mengumpulkannya dua kali seminggu.

Kami tidak mengumpulkan makanan setiap hari kerana jumlahnya terlalu sedikit, antara 5kg – 10kg, jadi ia tidak berbaloi dari segi logistik dan kos. Jika kami kumpulkan pada hujung minggu, jumlahnya 30kg – 100kg.

Antara hotel yang bekerjasama dengan mereka ialah Resort Golf Bangi dan Hotel dan Resort Pullman.

Hayati berkata ini berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, serta Prosedur Pengoperasian Standard yang dilaksanakan pihak hotel.

Pihak hotel kenal kami. Kami menguruskan makanan yang telah dimasak dan mempunyai fasilitinya. Tambahan lagi, kami telah menandatangani persetujuan untuk melindungi penyumbang kami.

Hayati memuji Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mencadangkan hotel-hotel menyumbang makanan surplus kepada bank-bank makanan.

Bagaimanapun, Hayati berkata, ia bergantung kepada kesudian pihak hotel.

Hotel perlu merujuk kepada pemiliknya untuk memutuskan sama ada ingin terbabit dalam bank makanan, dan saya percaya Menteri patut berkomunikasi (dengan pemilik hotel) untuk menjayakan projek ini.

Makanan yang diselamatkan oleh Yayasan Food Aid dari hotel ‘diolah semula’ untuk menghasilkan menu yang berbeza.

Yayasan itu merupakan bank makanan yang menyelamatkan makanan surplus dan penghasil, pengeluar, pengedar dan pemborong untuk diedarkan semula buat mereka yang memerlukan. – amazingnara.com via New Straits Times

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...