“Bukan Biasa-Biasa” – Abang Tesla Dedah Aslam ‘Sambar’ 3 Buah iPhone 17 Untuk Marissa Dan Umisya

Kehidupan

“Bukan Biasa-Biasa” – Abang Tesla Dedah Aslam ‘Sambar’ 3 Buah iPhone 17 Untuk Marissa Dan Umisya

Pempengaruh media sosial merangkap usahawan, Abang Tesla mendedahkan suami kepada Umisya Mazlan iaitu Ahmad Aslam membuat pesanan sebanyak tiga unit telefon pintar terkini yang baru dilancarkan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 30, dilihat sendiri membuat penghantaran iPhone 17 Pro Max kepada Aslam di sebuah restoran di ibu kota.

Advertisement

Bukan biasa-biasa. Baru keluar terus nak ambil tiga biji iPhone 17 Pro Max.

Dalam video berdurasi 1 minit 15 saat itu, Khal menyerahkan dua buah telefon pintar kepada Aslam dan Umisya. Namun, Aslam kemudiannya meminta sebuah lagi telefon pintar tambahan yang bernilai hampir RM10,000.

“Aku ingat Aslam nak dua je. Lupa, ada dua rumah,” selorohnya.

Terdahulu, Marissa Dania berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkla, Thailand pada Disember 2023. Untuk rekod, Aslam sebelum itu sudah pun beristeri dengan Umisya dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

live jual ikan melucah
2025-09-20 10:50:28

Suami Isteri Dirakam Buat 'Soft P*rn' Ketika 'Live' Jual Ikan, Netizen Kecam - "Sempat Lagi Gentel Bini"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...