Terlibat dengan bebera majlis keagamaan baru-baru ini hanya sekada ingin berkongsi pengalaman tentang agam Islam membuat orang ramai salah sangka bahawa aktor Zahiril Adzim mengajar orang ramai tentang agama tersebut. Jelas Zahiril, beliau sama sekali tidak layak untuk memberi tunjuk ajar kepada orang lain sedangkan beliau tidak begitu arif tentang ilmu Islam.
Saya tahu perlu ada tauliah untuk memberi ceramah agama namun saya bercerita mengenai pengalaman sebagai manusia yang dalam proses berubah ke arah yang lebih baik.
Kalau orang panggil suruh saya bercakap dan duduk sebaris dengan ustaz-ustaz pun saya sudah gementar kerana saya sedar ilmu agama saya sendiri tidak tinggi, namun niat saya kuat untuk mengajak golongan muda ikut majlis ilmu seperti itu.
Baru-baru ini Zahiril terlibat dengan forum 1 Love-Do We Care Enough? anjuran pelakon Yatt Hamzah dan berkongsi pengalaman pada majlis yang diberi nama Hamba Allah Sepenuh Masa atau Separuh Masa?
Zahiril pada masa yang sama mengakui merasa pelik kerana tidak berfikir panjang sewaktu menerima tawaran tesebut dan hatinya terbuka untuk melakukan perkara berkaitan agama Islam.
Selalunya saya seorang yang suka berfikir panjang sama ada saya ini layak atau tidak dalam satu-satu perkara, contohnya ramai yang panggil saya untuk beri ceramah dalam bidang teater yang mana memang menjadi kepakaran saya tetapi saya menolak.
Saya akan beri tugas itu pada orang lebih layak tetapi ketika dipelawa untuk bercakap tentang agama, hati saya terbuka dan terus bersetuju walaupun saya sedar ilmu agama tidak tinggi.
Buat masa ini, Zahiril sedang dalam proses perubahan dan ingin mendalami agama Islam dengan lebih lanjut.
Tidak salah untuk seseorang itu mengisahkan pengalaman sebagai seorang Muslim bersama orang ramai. Kami rasa Zahiril Adzmin pun sedar ilmu beliau tidak setinggi mana dalam agama Islam.