“Bukan Benda Baru” – Pelajar Dakwa Kajian PhD ‘Dirampas’ Oleh Pensyarah, Ambil Hasil Secara ‘Percuma’

Kehidupan

“Bukan Benda Baru” – Pelajar Dakwa Kajian PhD ‘Dirampas’ Oleh Pensyarah, Ambil Hasil Secara ‘Percuma’

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang individu bergelar telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan sebuah Universiti tempatan di Malaysia.

Dalam video tersebut yang kemudiannya dimuat naik di laman Twitter itu, seorang individu difahamkan bukan warga tempatan telah datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sini.

Advertisement

Dia kemudian menyambung pelajaran sehingga ke peringkat ‘Master’ dan berhasrat untuk mendapatkan topik kajian untuk ke peringkat PhD. Lelaki itu kemudian dijanjikan dengan tajaan daripada Universiti tersebut namun sebaliknya telah terjadi setelah bersusah payah selama 2 tahun setengah.

Lelaki itu mendakwa bahawa segala kajian dan perisian yang dibinanya sepanjang tempoh itu telah ‘dirampas’ oleh Universiti tersebut. Dan apabila dia menghubungi pensyarah terlibat, lelaki itu diberitahu bahawa segala kajian dan hasil kerjanya selama ini adalah hak milik mutlak Universiti.

Dakwanya lagi, setelah itu, dia telah dilayan dengan buruk dan kehidupannya berubah dengan serta merta seolah-olah ingin memberi tekanan agar dia berhenti daripada menyambung pelajaran di Universiti itu.

Di akhir video tersebut, lelaki itu turut mendedahkan bahawa sebenarnya ramai pelajar Malaysia mengalami layanan yang sama mengenai hasil kerja serta kajian mereka yang ‘dirampas’ malah tidak diberikan kredit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil meluahkan pengalaman yang sama di mana dakwa mereka kebanyakan pensyarah sering ‘claim’ hasil kerja pelajar sebagai hak milik mereka untuk diletakkan dalam profil akademik masing-masing.

Twitter

Isu ni bukan tak wujud. Ada, cuma student diamkan. Berapa banyak pelajar buat master dan PhD yang susah payah buat kajian tapi ada pensyarah tak tahu malu ‘bertenggek’ nama dan ‘claim’ itu hasil kerja mereka.

Harap isu-isu seperti ini dapat diselesaikan kerana ia boleh menjejaskan nama institusi pengajian negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Facebook Nat Geo UK
2 years ago

"Failed Teruk" - National Geographic Dakwa Singapura Terletak Di Malaysia, Netizen Suruh Belajar Sejarah Balik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...