Bukan Barangan Mewah Yang Dikejar, Pengantin Pilih Cendol Sebagai Mas Kahwin

Trending

Bukan Barangan Mewah Yang Dikejar, Pengantin Pilih Cendol Sebagai Mas Kahwin

Biasanya mas kahwin berupa wang ringgit atau barang kemas. Namun di Indonesia mas kahwin sepasang pengantin baharu menarik perhatian netizen kerana kelainannya.

cendol

Advertisement

Tidak memilih barangan mewah atau wang ringgit untuk dijadikan sebagai mas kahwin sebaliknya pihak pengantin perempuan hanya mahukan segelas cendol.

Malah, kenduri kahwin pasangan ini juga diadakan secara sederhana bersama ahlis keluarga dan rakan taulan.

Video berdurasi seminit itu merakamkan majlis ijab kabul pasangan yang dimuat naik di Facebook Bagus Yudhistira pada 30 Januari lalu.

Dalam video tersebut menunjukkan selepas sahaja selesai akad nikah, si suami terus memberikan segelas cendol kepada isterinya sebagai mas kahwin.

Namun, lokasi dan nama pasangan pengantin baharu ini tidak dinyatakan.

Sumber Berita: Tribun Jakarta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...