“Bukan Banyak Masa Lagi Dengan Ameena..” – Shakilla Khoriri Sedih Anak Dah Pandai Tinggi Suara, Cuba Hargai Setiap Masa Bersama

Kehidupan

“Bukan Banyak Masa Lagi Dengan Ameena..” – Shakilla Khoriri Sedih Anak Dah Pandai Tinggi Suara, Cuba Hargai Setiap Masa Bersama

Pelakon sensasi, Shakilla Khoriri mengakui dirinya cuba menghargai setiap detik bersama anak tunggalnya Ameena selagi anaknya itu masih kecil. Baginya, momen-momen sebegitu amat berharga buatnya sebagai seorang ibu.

Selagi ada masa

Berdasarkan hantaran yang dikongsi di Instagram Shakilla, aktres ini berkata, rutinnya setiap pagi akan diluangkan bersama Ameena sebelum sekolah. Dalam video tersebut, Shakilla mencium dan memeluk Ameena berkali-kali dan terlihat sangat memanjakan anak perempuannya itu.

Advertisement

Makin besar makin mengada tu menjadi betul. Tapi tidak apa biarlah nak mengada pun, bukan banyak masa lagi dengan Ameena. Nanti dah besar nak peluk cium pun dah tak nak kot.

 

Selagi ada masa dan peluang, Umi manfaatkan. Aku ini tengok je macam pengkid. Kerja berat boleh buat, uruskan semua pasal anak sorang-sorang boleh buat, tapi aku lemah bab hati. Ada macam-macam bunga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Ameena sudah pandai tinggi suara

Namun begitu, bekas isteri kepada penyampai radio Fizi Ali ini turut meluahkan kejadian dimana Ameena telah meninggikan suara kepadanya. Perkara tersebut amat menyedihkannya hingga Shakilla mengalirkan air mata ketika memandu anaknya ke sekolah.

Pantang orang kasar atau tinggi sikit suara dengan aku mesti terasa. Termasuklah dengan Ameena bila akhir-akhir ni dia bercakap suka tinggi suara dan kasar.

 

Sampai tak tertanggung rasa sedih itu akhirnya jatuh juga airmata Umi pagi-pagi hari sambil drive ke sekolah semalam.

 

Tapi bagi aku, aku emak, aku kena cari solutions. Macam mana cara nak ajar atau buang cara percakapan macam tu pada Ameena.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Namun begitu, Shakilla tidak menafikan dirinya akan merindukan momen-momen bersama anaknya itu dan tidak sabar menunggu Ameena membesar dengannya.

shakilla khoriri
10 months ago

"Tersakiti, Menyakiti, Difitnah, Memfitnah Semua Dapat Masalah, Baik Diam" - Kisah Silam Dengan Suami Baru 'Dikorek', Shakilla Khoriri Elak 'Spill The Tea'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...