“Bukan Ayden Yang Terinspirasi Daripada Saya, Sebaliknya Saya Yang Terinspirasi Dengannya” – Syed Saddiq

Trending

“Bukan Ayden Yang Terinspirasi Daripada Saya, Sebaliknya Saya Yang Terinspirasi Dengannya” – Syed Saddiq

Melalui laporan Hib Glam, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq meluahkan rasa kagum dengan semangat anak penyanyi, Bella Astillah iaitu Ayden yang berjaya menamatkan acara renang 400 meter di laut terbuka, baru-baru ini, yang berlangsung di Langkawi.

Syed Saddiq terinspirasi dengan Ayden

Sewaktu ditanya adakah dia yang memberi inspirasi kepada Ayden, sebaliknya Syed Saddiq menjawab dirinya yang terinspirasi dengan anak kecil itu.

Advertisement

Sebenarnya terbalik. Bukan dia yang terinspirasi daripada saya sebaliknya saya yang terinspirasi dengannya. Bila saya lihat pertama kali dia berenang, dia nak capai 25 meter pun susah. Tetapi dia seorang yang berani.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut sempat meluahkan rasa gembira melihat Ayden berjaya menamatkan acara renang tersebut kerana ia bukanlah perkara mudah, lagi-lagi di lautan yang bergelora dan hanya sempat berlatih selama seminggu saja.

Ramai ibu bapa hubungi, nak anak sertai acara sama macam Ayden

Dedah Ahli Parlimen itu, disebabkan penglibatan Ayden dalam acara yang berlangsung di Langkawi itu, ramai ibu bapa yang menghubungi untuk mendaftar anak-anak mereka juga.

Ramai yang menghubungi saya dan beritahu mereka mahu anak-anak mereka menyertai kelas berenang, berlari, berbasikal dan amalkan gaya hidup yang sihat selepas melihat apa yang Ayden lakukan.

ayden jadikan syed saddiq sebagai motivasi
2 days ago

Tamatkan Acara Renang 400m, Ayden Akui Syed Saddiq Motivasinya - "Kadang Father Figure Tak Datang Daripada Ayah Kandung Tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...