Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Bukan Aizat Tapi ‘Eye’-‘Zac’..” Zahirah MacWilson Ajar Netizen Cara Sebutan Yang Betul Untuk Nama Anak Sulungya

Pelakon Zahirah MacWilson dan suami, pelakon Aiman Hakim Ridza baru-baru ini telah mendedahkan wajah serta nama anak sulung mereka yang baru sahaja dilahirkan iaitu Isaac Raees.

Zahirah MacwilsonSumber : Instagram Zahirah MacWilson  

Selepas berkongsikan mengenai perkara itu, Zahirah khabarnya telah dihujani banyak pertanyaan mengenai pemilihan dan cara sebutan anaknya yang betul.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Zahirah menerusi akaun Instagram miliknya nampaknya telah tampil menjawab persoalan netizen itu.

Menurut pelakon cantik itu, gabungan nama Isaac dan Raees merupakan antara lima nama dalam senarai yang disimpan dalam telefon malah Aiman dan ibunya turut menyukai nama tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Malah, nama tersebut turut dipilih disebabkan oleh ejaan nama yang unik dan dia juga inginkan sesuatu yang berunsurkan islamik dan jarang digunakan.

Dalam pada itu, pelakon filem Bulan & Pria Terhebat ini juga turut mengajar peminat tentang cara yang betul menyebut nama Isaac di mana ianya disebut seperti gabungan ‘eye’ dan ‘Zac’ yang berbunyi seperti pelakon Hollywood, Zac Efron.

Advertisement
Instagram ZahirahSumber : Instagram Zahirah MacWIlson  

“Aiyo! Ia tidak la terlalu sukar. Tiada hurut T, jadi bukan ‘Aizat’. Isaaz. ‘Eye-Zac’. Macam Zac Efron. Mungkin sebab lidah Melayu jadi ‘Zeck’. Rais itu betul..cuma ejaan Raes yang berbeza.”

Terdahulu, Aiman Hakim Ridza mengumumkan bahawa Zahirah telah selamat melahirkan anak sulung mereka di Perth, Australia pada 5 Januari lalu.

Pasangan ini yang berada di Perth, Australia sejak Oktober tahun lalu telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020, bertempat di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. tecit

    March 10, 2021 at 10:07 am

    yg fan bongok tu pon memalukan diri sendiri tnye. ko type je kt google translate nt google tolong pronounce kan utk kau. yg penting bukak speaker kuat2. sengal2. xke bongok c boleh sound like t.

  2. brunes

    March 9, 2021 at 9:42 am

    nasib baik aiman tak berjodoh dengan tekya, kalau tak mesti anaknya tak secomel macam issac

  3. Anonymous

    March 9, 2021 at 9:30 am

    P.O.Y.O. kesian peminat b.u.d.u.h. sebut Isaac pun x reti. kesempatan lah si minahsalleh separuh ni nak shows off dia punya omputih kekonon. sampai sebut raees pun nk kena mention. sebut BIN kau tak nak ajar ke? takut ade yg x tau pulak…

  4. Anonymous

    March 9, 2021 at 8:52 am

    Nak juga nama macam omputih – macam Isaac Newton tuh.

    kalo betul nak Islamic meaning, lagi afdal nama yang cenderung sebutan Arab

  5. Nur Sajat

    March 9, 2021 at 7:40 am

    alahai, siapa yang banggang xpandai eja Isaac jadi Aizat. Bengap betul ye. tahu lah bodoh tu free, kaw2 dia sapu habis bodoh tu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama