Pelakon Zahirah MacWilson dan suami, pelakon Aiman Hakim Ridza baru-baru ini telah mendedahkan wajah serta nama anak sulung mereka yang baru sahaja dilahirkan iaitu Isaac Raees.
Selepas berkongsikan mengenai perkara itu, Zahirah khabarnya telah dihujani banyak pertanyaan mengenai pemilihan dan cara sebutan anaknya yang betul.
Sehubungan dengan itu, Zahirah menerusi akaun Instagram miliknya nampaknya telah tampil menjawab persoalan netizen itu.
Menurut pelakon cantik itu, gabungan nama Isaac dan Raees merupakan antara lima nama dalam senarai yang disimpan dalam telefon malah Aiman dan ibunya turut menyukai nama tersebut.
View this post on Instagram
Malah, nama tersebut turut dipilih disebabkan oleh ejaan nama yang unik dan dia juga inginkan sesuatu yang berunsurkan islamik dan jarang digunakan.
Dalam pada itu, pelakon filem Bulan & Pria Terhebat ini juga turut mengajar peminat tentang cara yang betul menyebut nama Isaac di mana ianya disebut seperti gabungan ‘eye’ dan ‘Zac’ yang berbunyi seperti pelakon Hollywood, Zac Efron.
“Aiyo! Ia tidak la terlalu sukar. Tiada hurut T, jadi bukan ‘Aizat’. Isaaz. ‘Eye-Zac’. Macam Zac Efron. Mungkin sebab lidah Melayu jadi ‘Zeck’. Rais itu betul..cuma ejaan Raes yang berbeza.”
Terdahulu, Aiman Hakim Ridza mengumumkan bahawa Zahirah telah selamat melahirkan anak sulung mereka di Perth, Australia pada 5 Januari lalu.
View this post on Instagram
Pasangan ini yang berada di Perth, Australia sejak Oktober tahun lalu telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020, bertempat di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.