February 28th, 2019

Pendedahan Bella Astillah di media sosial mengenai kecurangan suaminya, Aliff Aziz buat kali kedua mengundang rasa simpati ramai terhadapnya. Betapa rapuhnya hati Bella sehingga beliau sudah tawar hati  untuk meneruskan perkahwinannya dan redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir.

Walaupun ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Bella, masih ada segelintir pihak yang mengkritik cara Bella meluahkan segala masalah rumah tangganya di media sosial. Mengapa perlu membuka aib suaminya?

Bagaimanapun, ada netizen yang tampil mempertahankan tindakan Bella berkaitan kontroversi rumah tangganya itu. Katanya, niat Bella bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya hanya ingin membuktikan kebenaran disebalik apa yang berlaku.

Kita tidak berada di tempat Bella dan tentu sekali tidak tahu apa kedukaan yang beliau tanggung. Kalau dipendam pun akan memudaratkan diri sendiri kan? Apa pula pendapat anda?


33 responses to “Bukan Aibkan Suami Tapi Luahan, Hak Isteri Untuk Bersuara – Netizen Pertahan Tindakan Bella Astillah”

  1. Anonymous says:

    cuba google kisah “nikki dan jamie”…walaupun bini hitam mcm bontot kuali berkerak, tpi baiknya laki, bersyukur sgt sehingga kini..

  2. cili api says:

    suami tu yg buka aib dia sndri..kalo buat bnde x elok mmg tuhan akn bls la..lg2 kalo buat kt wife sndri..kalo buat bnde baik rsa nye aib tu tbuka ke

  3. Anonymous says:

    perempuan tu bela ariff dalam ig nya lepas tu salahkan nitezen dia keluar dgn laki orang…. tunggulah kifarah bila dia kawin lakinya buat benda yang sama…. …….. kelab malam juga yang untung…. syabas oktovia awak telah menang dapatkan aliff…. aliff pun menang dapatkan oktovia ini….. bestlah mesti bangga dapat meruntuhkan masjid kan aliff….. boring dengan 1 perempuan yang halal mesti cari yang haram pula…… macam asraf muslim dan ude wahid tu kan best……..

  4. Eliesa says:

    Hak isteri untuk menegakkan kebenaran bila suami gagal dengan bercerita aib suami dibolehkan tapi hanya kepada pihak berwajib seperti PEJABAT AGAMA dan MAHKAMAH SYARIAH. Dan bukannya telanjangkan aib suami di media sosial bagi satu dunia baca. Tolong faham agama sebelum bercakap sebelum nampak bodoh.

  5. Anonymous says:

    bila share pd public mmg dah aibkan suami aibkan diri sendiri la bella.bukan nak backup octopus tu,husband u sendiri mmg sejak azali cenggitu.
    dah pumpang2 mcm ni lepas tu nnt end up maafkan and berbaik balik..masuk kali ke 3 org pun dah muak dgn cerita u ni..

Loading...