October 5th, 2018

Cukup cantik dan manis sekali apabila berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah Umrah sekitar bulan Julai lalu, ramai yang berharap agar isteri Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub terus istiqamah. Bagaimanapun, Zira sudah kembali membuka tudung. Ramai juga yang tertanya dan ingin tahu apa komen Nabil mengenai perkara itu.

Menurut Nabil, sebagai seorang suami beliau sudah puas menasihati isterinya itu tetapi beliau tidak mahu terlalu memaksa dan mahu Zira kekal berhijab satu hari nanti dengan hati yang terbuka serta ikhlas.

Advertisement

Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab.

Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab.

Memikul tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah mudah apatah lagi jika ia berkaitan dengan tuntutan agama. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk isteri Nabil agar beliau satu hari nanti dapat menutup aurat dengan sempurna.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement

88 responses to “Buka Tudung Adalah Pilihan Isteri Sendiri, Saya Dah Nasihat Tapi Tidak Memaksa – Nabil Ahmad”

  1. mak cute says:

    rasa tua kot klo bertudung…suruhan Allah pun nak tggu hidayah dulu ye…mati tu bila2 zira oi…terpulang la kat ko..bdk tadika pun blh pakai apalagi ko yg dah nak tua bangka…

    • Anonymous says:

      zira tu takat bini retis jer… bukan artis pun si nabil tu takat retis jer lah… bini pulak over show off hot nyer mcm laa dia yg retis…
      dia tak tau ker kalo nabil tu retis mulut longkang.. zira ni cuma bini air longkang

  2. fifi says:

    Lantak ko la Nabil…bosan gosip pasal ko ni.

Loading...