October 5th, 2018

Cukup cantik dan manis sekali apabila berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah Umrah sekitar bulan Julai lalu, ramai yang berharap agar isteri Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub terus istiqamah. Bagaimanapun, Zira sudah kembali membuka tudung. Ramai juga yang tertanya dan ingin tahu apa komen Nabil mengenai perkara itu.

Menurut Nabil, sebagai seorang suami beliau sudah puas menasihati isterinya itu tetapi beliau tidak mahu terlalu memaksa dan mahu Zira kekal berhijab satu hari nanti dengan hati yang terbuka serta ikhlas.

Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab.

Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab.

Memikul tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah mudah apatah lagi jika ia berkaitan dengan tuntutan agama. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk isteri Nabil agar beliau satu hari nanti dapat menutup aurat dengan sempurna.

Sumber Berita : Harian Metro


88 responses to “Buka Tudung Adalah Pilihan Isteri Sendiri, Saya Dah Nasihat Tapi Tidak Memaksa – Nabil Ahmad”

  1. Anonymous says:

    Kahkahkah. Kesian Nabil dapat isteri yg x sayangkan kau. Takpelah…teruskan berdoa. Macamana la rasa bila masa umrah bersungguh jaga aurat…balik Msia, buka.

  2. Nor izah says:

    Nabi Nuh pun x dapat membantu isterinya, inikan pula kita insan biasa. Sama sama kita berdoa.

  3. maznita says:

    kalau tak pakai tudung kan boleh gaya mcm2, boleh pakai baju mcm2, nak oegi mana2 tmpat mcm xsalah, tu lah yg prmpuan suka. kalau pakai tudung ketat sikit sini tak boleh, tebuka sana sikit org kutuk, baikkan tak payah tudung snang cerita. agak mcm tu lah. maaf kalau sy salah

  4. Meluat Dengan Admin BN says:

    Satu je nak ckp. Woi nara kau filter ke tak msg2 komen2 dlm ni. Yg msg mcm nak menyesatkan org tu ko tak yh la nk post. Sensitiviti agama tu tlg lh jaga Benda simple tak reti pk.

  5. Seri melur says:

    Jahil n degil nya bini kau ni nabil.. Kau x bjaya didik dia.. Pakai tdung ni kwajipan..mmg kena paksa..bkn tnggu keikhlasan..nanti keihlasan dtg sdiri bila dah lama btdung..

Loading...