Cukup cantik dan manis sekali apabila berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah Umrah sekitar bulan Julai lalu, ramai yang berharap agar isteri Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub terus istiqamah. Bagaimanapun, Zira sudah kembali membuka tudung. Ramai juga yang tertanya dan ingin tahu apa komen Nabil mengenai perkara itu.
Menurut Nabil, sebagai seorang suami beliau sudah puas menasihati isterinya itu tetapi beliau tidak mahu terlalu memaksa dan mahu Zira kekal berhijab satu hari nanti dengan hati yang terbuka serta ikhlas.
Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab.
Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.
Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab.
Memikul tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah mudah apatah lagi jika ia berkaitan dengan tuntutan agama. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk isteri Nabil agar beliau satu hari nanti dapat menutup aurat dengan sempurna.