Buka Tingkap Sedikit Untuk Elak Kereta Meletup Bila Cuaca Panas? Ini Respond Pakar

Trending

Buka Tingkap Sedikit Untuk Elak Kereta Meletup Bila Cuaca Panas? Ini Respond Pakar

xxx

Sejak negara kita dilanda fenomena EL Nino yang menyebabkan cuaca panas yang luar biasa sehingga mencapai 40 darjah Celsius, pelbagai berita dan spekulasi disebarkan di media-media sosial Facebook, Twitter dan Whatapps.
Namun tersebar sebuah pesanan yang kononnya telah dikeluarkan oleh pihak TNB dan SMART di mana berdasarkan pesanan itu mengingatkan kepada semua pengguna kenderaan bertingkap yang berjemur lebih daripada 2 jam di bawah bacaan suhu melebihi 39.7 darjah Celsius supaya tidak menutup rapat cermin kereta mereka kerana akan menyebabkan tangki minyak meletup dan enjin kereta terbakar.

Advertisement

smart1

Antara mesej palsu yang disebarkan

Antara mesej palsu yang disebarkan

Bagi menjawab mengenai perkara ini, Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin, yang dihubungi Berita Harian telah menjelaskan mengenai perkara ini.

“Jika benar dakwaan itu maka sudah tentu banyak kereta di negara Asia Barat yang cuacanya lebih panas berbanding Malaysia meletup,” katanya.

Namun apa yang berlaku sebaliknya, kejadian itu tidak berlaku dan apa yang disebarkan di media sosial adalah mengarut dan tidak perlu dipercayai.

“Sewaktu saya belajar di Texas, Amerika Syarikat, ketika musim panas suhunya boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius tetapi tiada kejadian kereta meletup atau terbakar sepanjang berada di sana.

“Mengenai perlu menurunkan tingkap sehingga 30 peratus itu adalah helah bagi aktiviti jenayah oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Penyebar berita palsu berkenaan telah meletakkan nama syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menunjukkan berita tersebut adalah daripada TNB dan sahih di mana bertujuan untuk menakutkan orang ramai.

TNB ketika dihubungi oleh Berita Harian menafikan mesej tersebut dikeluarkan oleh mereka dan mengesahkan ia adalah mesej palsu.

Menurut Pakharuddin lagi, TNB tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Metereologi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...