Donald Trump memberi amaran keras kepada pihak di Iran supaya membuka Selat Hormuz menerusi satu hantaran media sosial yang berbaur kata kesat pada Hari Easter.
Presiden Amerika Syarikat itu menulis di platform Truth Social:

“Tiada apa yang seumpamanya!!! Buka Selat itu, kamu semua yang gila, atau kamu akan hidup dalam neraka – TUNGGU SAHAJA! Segala puji bagi Allah. Presiden DONALD J. TRUMP.”
Hantaran kontroversi itu dibuat selepas Iran dilaporkan tidak menunjukkan tanda untuk berundur, malah menyerang medan minyak serta sasaran ekonomi dan infrastruktur di negara Teluk berhampiran.
Kedutaan Iran di United Kingdom membalas hantaran Trump dengan memetik kata-kata penulis terkenal Amerika, Mark Twain;
“Adalah lebih baik untuk berdiam diri dan membiarkan orang menganggap anda bodoh daripada bersuara dan menghapuskan segala keraguan.”
Dalam menjelaskan harapannya agar satu perjanjian dapat dicapai sebelum tarikh akhir Selasa, Trump memberitahu Fox News:
“Saya rasa ada peluang yang baik esok, mereka sedang berunding sekarang.”
Jika Iran gagal mencapai perjanjian, Trump berkata:
“Anda akan melihat jambatan dan loji janakuasa runtuh di seluruh negara mereka.”
“Jika mereka tidak mencapai perjanjian dengan cepat, saya sedang mempertimbangkan untuk memusnahkan semuanya dan mengambil alih minyak.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
