Sekarang ni bukan pemandu sahaja yang kena tahu peraturan jalan raya tetapi penumpang pun sama. Kalau tidak makin banyak lah kes-kes kemalangan berlaku hanya sebabkan kecuaian diri sendiri.
Macam video yang tular di laman sosial Twitter ini, tak semena-mena penunggang motorsikal ini jatuh tergolek disebabkan orang lain. Penumpang kereta yang berhenti di tengah jalan itu membuka pintu dengan mengejut.
“Kalau melintas jalan kita pandang kiri & kanan. Kenapa tak buat perkara yang sama sebelum buka pintu kereta?”
Kalau melintas jalan kita pandang kiri & kanan. Kenapa tak buat perkara yang sama sebelum buka pintu kereta? pic.twitter.com/2M3yaUrvAh
— MyWatch (@My_CrimeWatch) October 2, 2019
Tapi kalau tengokkan pada lokasi video ni dirakam, berkemungkinan lokasi itu berdekatan kawasan sekolah. Boleh nampak juga beberapa pelajar sekolah berkeliaran di situ. Tapi masalahnya, kereta tu pun berhenti betul-betul di tengah jalan tanpa sebarang signal.
“So kat sini yang salah pemandu sebab tak ke tepi, tak bagi lampu isyarat, tak tolong mangsa dan tak tengok betul-betul before unlock.”
Aku rasa yang penumpang belakang tu budak kecil yang nak ke sekolah. Kalau perhati betul2, ada nampak tangan kecil lengan panjang warna putih yang buka pintu tu. So kat sini yang salah pemandu sebab x ketepi, x bagi lampu isyarat, x tolong mangsa, and xtengok betul2 before unlock
— fourteatwocoffee (@AdlyArief) October 2, 2019
“Adik bongsu aku bawa basikal pon kena mcm ni main buka pintu x pandang side mirror. Dpt rm50 je balik luka2 dkt muka bila mak tanya, bgtau jatuh”
Adik bongsu aku bawa basikal pon kena mcm ni main buka pintu x pandang side mirror. Dpt rm50 je balik luka2 dkt muka bila mak tanya, bgtau “jatuh”?
— r_b?? (@jiiilpisc) October 2, 2019
cita dia bleh nmpak budak yg bukak pintu, hal ni mak bapak dia yang bersalah sebab
-bongok tak turun
-bongok x bgi signal
-tak ajar anak suh tengok belakang— Rusydixraz™ and 450 others (@RusydiRL) October 3, 2019
“Aku pun tak paham pesal susah sgt nak pandang belakang dulu sblom buka pintu eihhhhhh perati je.”
Aku pun tak paham pesal susah sgt nak pandang belakang dulu sblom buka pintu eihhhhhh perati je
— maldena? (@Maldenajzrose2) October 3, 2019
Kalau biasanya sebelum turun kereta, memang kita akan tengok kiri kanan dahulu sebelum buka pintu. Tapi untuk budak-budak mungkin mereka tak tahu tentang benda macam ini. Jadi ibu bapa kena mainkan peranan lah di sini. Tapi kalau yang buka pintu ni bukan kanak-kanak, tak tau lah nak cakap macam mana.
Sumber: Twitter