Buka Pintu Belakang Untuk Pelanggan Setia Masuk, Pemilik Pusat Urut Dikompaun RM 10,000

Trending

Buka Pintu Belakang Untuk Pelanggan Setia Masuk, Pemilik Pusat Urut Dikompaun RM 10,000

Segelintir pemilik dan pengusaha masih berdegil untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 walaupun arahan untuk menutup premis telah dikeluarkan.

Sebuah pusat urut refleksologi di Melaka masih beroperasi dengan menggunakan pintu belakang sebagai laluan masuk ke premis bagi pelanggan setia dan yang sudah membuat tempahan online, lapor Kosmo Online.

Advertisement

Ekoran itu, pemilik pusat urut tersebut dikenakan kompaun RM 10,000 oleh pihak polis di Taman Melaka Raya. Bukan itu saja, serbuan yang dijalankan pada jam 3.10 petang itu melibatkan beberapa individu dikompaun RM 2,000 yang terdiri daripada penjaga premis dan tiga pekerja warga asing berusia 23 hingga 43 tahun.

Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka berkata, pemeriksaan di dalam bangunan berkenaan juga turut menjumpai dua lelaki iaitu pemilik dan penjaga premis.

Sumber : Kosmo Online

“Hasil soal siasat, pemilik premis mengaku telah beroperasi secara senyap sepanjang tempoh PKP dengan membuka pintu belakang untuk pelanggan”

Alasan yang diberikan oleh pemilik premis ialah pihaknya membuka operasi tersebut demi kelangsungan perniagaan dan pendapatan pekerjanya.

Semakan dokumen perjalanan mendapati dua pekerja wanita merupakan warga Thailand dan seorang lagi dari Laos. Dilaporkan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk siasatan lanjut.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...