Baru-baru ini, jenama makanan syarikat Teregganu Inc yang bernama Chicken Cottage difahamkan telah membuka kedai yang ke-67 di Camden Town, London.
Chicken Cottage buka ke-67 di London
Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pembukaan kedai tersebut di London bukan saja satu pencapaian penting buat jenama itu tetapi untuk ekonomi juga.
Pembukaan outlet baharu Chicken Cottage di Camden Town ini bukan sahaja mencerminkan daya saing jenama ini di pentas antarabangsa, malah membuka peluang pekerjaan serta menyumbang kepada ekonomi tempatan.
Jenama semakin kukuh di United Kingdom
Dr. Ahmad Samsuri berkata seperti itu ketika menghadirkan diri bagi menyempurnakan Perasmian Pembukaan ‘Outlet’, semalam.
Majlis pembukaan tersebut bersempenakan sambutan ulang tahun ke-30 Chicken Cottage, di mana kini jenama makanan terbabit sudah semakin kukuh di United Kingdom (UK), biarpun industri makanan berdepan dengan pelbagai cabaran.
Untuk info ramai, Chicken Cottage terkenal dengan hidangan ayam goreng dan ayam panggang. Jenama makanan ini telah membina jenama halal yang berkualiti dengan kehadiran kedai ke-67 di UK termasuk kota besar seperti di Glasgow, Newcastle, Cambridge, Oxford dan Canterbury.