“Buka Je Tudung Tu Cikgu Kalau Tak Mampu Tutup Mulut Mengumpat” – Hantar Anak Ke MRSM, Rita Rudaini Bengang Dituduh Curi Kuota B40

Hiburan

“Buka Je Tudung Tu Cikgu Kalau Tak Mampu Tutup Mulut Mengumpat” – Hantar Anak Ke MRSM, Rita Rudaini Bengang Dituduh Curi Kuota B40

Aktres Rita Rudaini meluahkan rasa marah terhadap guru yang melemparkan fitnah dan menuduhnya mengambil kuota golongan B40 kerana menghantar anak lelakinya ke sekolah kerajaan.

Menerusi Instagram story, pelakon berusia 47 tahun itu mendedahkan dia tahu siapakah guru yang membawa mulut dan menyebarkan fitnah tersebut.

Advertisement

Tegurnya, sebagai seorang pendidik guru terbabit dia perlu membuang mentaliti kolot sebegitu dan tidak layak digelar guru jika berperangai seperti itu.

rita

Bukan itu sahaja, Rita juga akui tidak pernah membezakan tempat untuk menimba ilmu kerana berasa semua manusia sama tidak kiralah golongan mana sekalipun.

Rita turut memerli guru tersebut untuk membuka tudung kerana tidak mampu untuk menutup mulutnya daripada mengumpat dan memfitnah orang.

Sis ni jahil, sis tak pandai agama macam cikgu. Tapi cikgu janganlah tunggang agama laju sangat. Cikgu ni nak jadi apa sebenarnya? Nak jadi guru atau makcik bawang? Jijik. Sis cuba tahan…

komen

komen

Tidak hanya di story, Rita turut membuat hantaran di Instagram berkenaan tuduhan dilemparkan terhadapnya dan mempersoal adakah anak kepada pengetua dan mereka berjawatan tinggi yang menghantar anak ke sekolah kerajaan juga dikira mengambil kuota B40?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Rata-rata pengikutnya yang membaca luahan tersebut menyokong apa yang dikatakan oleh ibu kepada dua anak lelaki tersebut dan ada yang mencadangkan agar aktres itu berjumpa terus dengan guru yang dimaksudkan.

rita rudaini
4 months ago

"Ramai Pula Yang Ambil Vaksin Kena COVID, PKP 2 3 Kali Sistur Tak Pernah Demam" - Rita Rudaini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...