Buka Hotel Bajet Waktu PKPD, Pemilik Dikompaun RM 10,000

Trending

Buka Hotel Bajet Waktu PKPD, Pemilik Dikompaun RM 10,000

Di Alor Setar, seorang pemilik hotel bajet berusia 60 tahun yang terletak di Taman Anggerik dikompaun RM 10,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan menjalankan operasi premis itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, lapor Awani.

Menurut Supritendan Mohd Redzuan Salleh selaku Timbalan Ketua Polis Setar, pemantauan daripada pasukan pemantau COVID, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar dalam jam 10.30 malam tadi mendapati hotel berkenaan telah melanggar arahan PKPD yang telah ditetapkan.

Advertisement

Pemeriksaan lanjut dilakukan di bilik hotel terbabit dan polis mengesan seorang wanita warga Thailand berusia 36 tahun mendaftar sebagai pelanggan. Siasatan mendapati wanita berkenaan sedang menunggu kehadiran pelanggan hotel itu sekaligus menawarkan khidmat seks.

Sumber : Astro Awani

Bukan itu sahaja, dokumen perjalanan wanita tersebut juga telah tamat tempoh dan dia ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Polis juga turut menemui pasangan dalam lingkungan 20-an yang sedang berada di dalam kenderaan yang terletak di hadapan hotel terbabit. Pasangan berkenaan dikompaun RM 2,000 setiap seorang kerana melanggar SOP PKPD.

Menurut Mohd Redzuan, banyak kompaun yang telah dikeluarkan sejak hari pertama PKPD dilaksanakan di Kota Setar dan kebanyakan kesalahan tersebut kerana adanya aktiviti berhimpun dan menikmati minuman di kawasan kediaman.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...