Kehadiran pelakon Que Haidar di program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) malam Ahad lalu mencuri perhatian ramai namun bukan kerana persembahan, sebaliknya mengenai penampilan yang dibawanya.
Menerusi perkongsian di Threads, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dengan gaya pemakaian Que yang didakwa tidak sesuai dengan etika program tersebut. Ada yang berpendapat penampilannya kurang sensitif memandangkan GV ditonton oleh penonton daripada pelbagai lapisan umur.

Dalam masa sama, ramai turut bersetuju dengan tindakan juri tetap, Datuk Ramli MS, yang secara terbuka menegur Que untuk membutangkan bajunya ketika siaran berlangsung.
“Tok Ram tegur suruh butangkan baju, terus dia butangkan,” kata seorang netizen.
Walau bagaimanapun, terdapat juga warganet yang menyifatkan teguran tersebut sebagai wajar dan profesional, memandangkan imej artis yang hadir ke program sebesar GV perlu dijaga.

Sebelum ini, nama Que Haidar kembali menjadi tumpuan selepas transformasi fizikalnya yang lebih sasa serta fenomena tular berkaitan trend “mencari Jamilah”, yang menjadikannya antara figura paling dibualkan di media sosial ketika ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
