Selepas memuat naik video sedang bernyanyi di bilik karaoke, pelakon Mak Wan Latah telah menerima kecaman dari netizen hingga ada berkata itulah punca dirinya diceraikan.
Dalam pada masa yang sama, Mak Wan ataupun nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud dinasihatkan oleh orang ramai untuk tidak membuka aibnya sendiri dengan memuat naik video seperti itu di platform media sosial.
Bagi menjawab kritikan orang ramai, Mak Wan berkata aktiviti yang dilakukan itu merupakan cara dirinya melepaskan segala tekanan selepas penat menjalani penggambaran.
Saya tak usik sesiapa pun. jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya nak gembirakan diri.
Tambahan Mak Wan lagi apabila ditemu bual oleh pihak mStar, dia memberitahu video tersebut merupakan video lama dan memaklumkan karaoke merupakan hobinya.
Mak Wan juga sempat berharap agar orang ramai tidak terlalu cepat meletakkan hukuman kepada seseorang dan mudah melontarkan kecaman.
Dakwaan orang ramai mengenai video itu merupakan punca beliau bercerai, Mak Wan hanya berkata penceraian dengan bekas suami sudah pun tertulis dan ia bukan alasan untuk netizen bercakap buruk tentang dirinya
Sekadar info, Mak Wan pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki bernama Husain Dolah pada 22 Januari di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Namun, perkahwinan yang dibina tidak bertahan lama selepas bekas suami melafazkan cerai pada tanggal 21 April.