‘Buggy Driver’ Melayu Dituduh Rasis Di Media Sosial, Namun Rakaman CCTV Buktikan Sebaliknya

Trending

‘Buggy Driver’ Melayu Dituduh Rasis Di Media Sosial, Namun Rakaman CCTV Buktikan Sebaliknya

Beberapa hari lepas, laman Facebook Tamils Media Malaysia telah memuat naik gambar seorang pemandu buggy di KLIA2 dengan status mendakwa pemandu itu hanya mengambil penumpang berbangsa Melayu untuk menaiki buggy, sebaliknya penumpang bangsa lain tidak dibenarkan.

buggydriveranWalaupun sumber asal dakwaan itu tidak dinyatakan, ramai pengguna Facebook terutamanya bukan Melayu yang mengongsi status itu di wall mereka dan ia menjadi viral.

Advertisement

15272016_708607055965544_1641378535790717446_o

screen-shot-2016-12-07-at-9-51-45-am

Disebabkan viral tersebut Malaysia Airports telah menjalankan siasatan dalaman dengan meneliti kamera rakaman litar tertutup. Namun begitu penilitian yang dilakukan membuktikan dakwaan itu tidak berasas kerana setiap hari, pemandu ‘buggy’ tersebut membawa penumpang dari pelbagai latar belakang agama, bangsa dan kewarganagenaraan.

screen-shot-2016-12-07-at-12-09-01-pm

15380541_584593615066182_622479387549664970_n

Seorang pengguna Facebook yang juga bekas anggota polis, Kuan Chee Heng telah membuat tindakan menghubungi Malaysia Airports untuk mendapatkan penjelasan dan kemudian mempersoalkan mengenai sikap individu yang memviralkan pemandu tersebut yang juga rasis.

screen-shot-2016-12-07-at-12-17-57-pm

Bebarapa pengguna Facebook memberitahu mengenali pemandu itu dan pernah menggunakan perkhidmatan buggy yang dipandu olehnya, tetapi dia dilihat tidak memilih penumpang berdasarkan bangsa, sebaliknya membawa kesemua penumpang tanpa mengira latar belakang dan warna kulit.

Mungkin pada waktu kejadian, pemandu itu mengutamakan OKU, warga emas, kanak-kanak atau wanita tetapi individu yang  menuduh merasakan dia tidak diberi keutamaan untuk menaiki buggy yang merupakan servis percuma itu kerana dia bukan berbangsa Melayu.

Yang nyata, kerana anda berfikiran begitu, andalah sebenarnya yang rasis, bukan pemandu itu. –amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...