Beberapa hari lepas, laman Facebook Tamils Media Malaysia telah memuat naik gambar seorang pemandu buggy di KLIA2 dengan status mendakwa pemandu itu hanya mengambil penumpang berbangsa Melayu untuk menaiki buggy, sebaliknya penumpang bangsa lain tidak dibenarkan.
Walaupun sumber asal dakwaan itu tidak dinyatakan, ramai pengguna Facebook terutamanya bukan Melayu yang mengongsi status itu di wall mereka dan ia menjadi viral.
Disebabkan viral tersebut Malaysia Airports telah menjalankan siasatan dalaman dengan meneliti kamera rakaman litar tertutup. Namun begitu penilitian yang dilakukan membuktikan dakwaan itu tidak berasas kerana setiap hari, pemandu ‘buggy’ tersebut membawa penumpang dari pelbagai latar belakang agama, bangsa dan kewarganagenaraan.
Seorang pengguna Facebook yang juga bekas anggota polis, Kuan Chee Heng telah membuat tindakan menghubungi Malaysia Airports untuk mendapatkan penjelasan dan kemudian mempersoalkan mengenai sikap individu yang memviralkan pemandu tersebut yang juga rasis.
Bebarapa pengguna Facebook memberitahu mengenali pemandu itu dan pernah menggunakan perkhidmatan buggy yang dipandu olehnya, tetapi dia dilihat tidak memilih penumpang berdasarkan bangsa, sebaliknya membawa kesemua penumpang tanpa mengira latar belakang dan warna kulit.
Mungkin pada waktu kejadian, pemandu itu mengutamakan OKU, warga emas, kanak-kanak atau wanita tetapi individu yang menuduh merasakan dia tidak diberi keutamaan untuk menaiki buggy yang merupakan servis percuma itu kerana dia bukan berbangsa Melayu.
Yang nyata, kerana anda berfikiran begitu, andalah sebenarnya yang rasis, bukan pemandu itu. –amazingnara.com