Budi Citawan Tidak Mahu Peminat Kaitkan Beliau Bersama Remy Ishak

Hiburan

Budi Citawan Tidak Mahu Peminat Kaitkan Beliau Bersama Remy Ishak

Satu ketika dahulu anak kepada aktor Wan Hanafi Su iaitu Budi Citawan sering digosipkan bercinta bersama Remy Ishak. Enggan lagi menimbulkan salah faham, Budi menerusi akaun Instagramnya meminta agar peminat Remy tidak lagi memberikan reaksi negatif dan berharap untuk  mereka berdua bercinta  kerana hubungan Budi dan Remy tidak lebih daripada seorang kawan.

Advertisement

Saya pelik dengan peminat Remy yang mahu melihat kami bersama sebagai pasangan kekasih sedangkan kami hanyalah kawan baik. Malah ada yang bergaduh dan mengkritik orang lain hanya kerana isu kecil ini. Sebelum ini pun ada gosip mengatakan yang kami bercinta, tetapi jujurnya tiada hubungan mesra diantara kami.

Ingatkan dah tak ada gosip-gosip tentang kami, rupa-rupanya mereka masih lagi mengharapkan ada sesuatu yang terjalin di antara saya dan Remy. Kelakar rasanya.

Segelintir peminat juga terbawa-bawa dengan emosi mereka sehingga ada yang mengutuk kekasih Remy sekarang iaitu Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof.

Budi yang mengakui Remy adalah seorang lelaki yang baik merasa kasihan dengan aktor itu kerana perlu berhadapan dengan kerenah peminat fanatik yang kadang kala tidak masuk akal dan melampaui batas.

Sebagai seorang rakan, saya kasihan melihatnya berhadapan dengan peminat-peminat beremosi seperti ini dan saya harap mereka berhenti mengutuk orang lain.

Janganlah tabur fitnah, tak cool lah. Biarlah masing-masing dengan hidup masing-masing. Only God can judge us (hanya tuhan boleh mengadili kami). Mujurlah saya akan berkahwin tidak lama lagi dan pasangan saya sangat memahami situasi ini.

Kami tahu ramai yang ingin melihat mereka bercinta tetapi keputusan itu bukan terletak di tangan peminat. Kalau hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan baik tidak perlulah lagi kita memaksa mereka.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...