Bagi yang tidak ketahui, Tengku Ismail Leon Petra kini menetap di London, England bersama ibunya, Rihana Oksana.
Sudah agak lama tiada khabar berita daripada bekas ratu cantik Rusia itu namun semalam Rihana ada memuat naik gambarnya bersiar-siar bersama Tengku Leon dan seekor anjing.
Menerusi entri di Instagram itu, Rihana mengakui dia sangat menyukai anjing dan mempunyai hasrat untuk memelihara haiwan tersebut.
Bagaimanapun, niatnya itu terpaksa dilupakan kerana risau akan kesihatan anak lelakinya yang dikatakan mempunyai alahan selain kerana kesibukannya bekerja.
Pengikut Rihana dari Malaysia dilihat membanjiri ruangan komen entri itu dan memberikan pendapat masing-masing selain ada yang turut mempersoalkan status agamanya.
Dah murtad ke masih Islam?”
Rata-ratanya berkata mereka bersimpati dengan Tengku Leon kerana membesar dengan suasana sebegitu.
Selain itu ada yang mendoakan agar kanak-kanak berusia 2 tahun itu dalam keadaan baik-baik dan dilindungiNya.
Sekadar info, terdahulu pada Disember 2021 Rihana ada memuat naik gambarnya dan Tengku Leon menyambut krismas di London.
Tetapi, dia menegaskan meskipun mereka berdua bergembira meraikan Krismas bersama semua orang namun mereka bukanlah Katolik.