Gara-gara membuat gimik ketika mengumumkan pemenang pertandingan Bintang Kecil 2023, Sweet Qismina dan Azam Pitt selaku pengacara teruk dikecam warganet.
Bukan itu sahaja, ramai yang menghentam pihak produksi merancang gimik sedemikian kerana telah memainkan perasaan peserta yang bertanding.
Menerusi video tular di media sosia, Sweet dilihat salah mengumumkan nama pemenang Anugerah Persembahan Terbaik ketika ia berlangdung.
Ketika itu, dia menyebut nama Farha sebagai pemenang namun apabila ia dimaklumkan merupakan kesilapan, mimik mukanya yang berubah membuat ramai kasihan.
Gimik ketika pertandingan akhir Bintang Kecil 2023 itu juga menjadi topik bualan hangat di Twitter di mana rata-ratanya menyelar produksi kerana berbuat sedemikian.
Sementara itu, Sweet sendiri telah memohon maaf ketika siaran langsung itu dan mengaku dirinya berasa gementar ketika membaca keputusan.
Kesian budak naib juara bagi fake hope, terguling dia ingatkan dia menang.