Pempengaruh media sosial, Nurin Lofa, mendakwa suaminya, Fadrul, berlaku curang dengan seorang gadis yang berasal dari Temerloh, Pahang.
Menerusi perkongsian di TikTok, Nurin mendedahkan dia sebenarnya berhasrat untuk memuat naik semua bukti berkaitan dakwaan tersebut. Namun, tindakannya itu ditegur oleh suami yang meminta agar maruah sebagai bapa kepada anak mereka, Jebat, dijaga.
Menurut pempengaruh berusia 21 tahun itu, susulan teguran berkenaan, dia mengambil keputusan untuk menurunkan semua hantaran yang melibatkan aib suaminya.
“Ikutkan hati aku nak muat naik saja semua. Tapi disebabkan dia minta simpati sebagai ayah kepada anak kami. Katanya, ada air muka yang perlu dijaga. Aku padam semua.”
Bagaimanapun, Nurin menegaskan dia tidak akan memaafkan wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.
“Aku sumpah atas nama mak ayah aku, kau (orang ketiga) tidak akan bahagia dunia dan akhirat.”
Dalam perkembangan sama, Nurin memaklumkan dia memilih untuk menyelesaikan isu rumah tangganya melalui saluran undang-undang di mahkamah syariah.
“Aku dah selesai dengan Fadrul sebab biar kami uruskan di mahkamah syariah nanti.”
Namun, pempengaruh itu memberi amaran bahawa isu melibatkan wanita berkenaan masih belum berakhir.
“Cuma budak Temerloh, kau dengan aku tak habis lagi. Jangan ingat kau boleh lari macam itu saja. Kau tunggu saja hari kau, tak hari ini, hari esok.”
Sekadar info, Nurin mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada tahun 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada September 2024.
