Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna baru-baru ini di platform Twitter memaparkan keluarga besar ingin mengambil bergambar bersama-sama telah menarik perhatian ramai.
Ia mendapat perhatian ramai kerana salah seorang budak lelaki berbaju Melayu berwarna merah telah membuat satu tindakan yang mendatangkan perasaan kurang senang pada para netizen yang menontonnya.
Di dalam video itu, kelihatan budak tersebut terjatuh sendiri sebelum mengambil gambar dan diketawakan oleh para keluarga yang lain.
Benda la dia yang jatuh sendiri, tiber orang lain kena. Babi punya budak, nasib bukan anak buah aku kalau anak buah aku terus pijak je pic.twitter.com/8wPEcBhOnF
— ??? (@bellansxrddn) May 12, 2022
Kerana tidak dapat menerima dirinya ditertawakan oleh keluarga, budak yang terjatuh itu mengambil tindakan menumbuk salah seorang kanak-kanak lain yang mentertawakannya sebelum mengambil telefon yang sedang merakam.
Apa yang membuatkan pengguna Twitter yang memuat naik itu berasa berang kerana budak tersebut memukul orang lain sedangkan salah sendiri.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga meluahkan rasa geram dan merasakan ayat ‘nama pun budak’ tidak boleh dipakai jika kanak-kanak tersebut sudah berlebihan dan perlu di ajar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.