Kadangkala bila dah nak raya ni biasanya pergi shopping je kan. Khabarnya di Sunway Pyramid sekarang ini ada aktiviti menarik yang korang boleh turut serta selain dari makan-makan.
Admin baru-baru ini sempat juga lah ke sana untuk lihat aktiviti yang ada. Meriah tu. Dengan tema retro, menggamit memori sungguh!
Pelbagai tempat menarik untuk korang berbuka puasa dengan keluarga atau kawan-kawan, admin nak share ada aktiviti yang korang boleh buat kat sana.
Selain dari itu juga, korang turut berpeluang menebus sampul raya istimewa dari pusat beli belah sunway pyramid serta boleh dapat voucher Pop Yeh Yeh yang mana jika berminat untuk dapatkan rambut retro sempena raya yang tak lama lagi. Cuma guna je voucher tersebut dan singgah ke salon yang terpilih.
Untuk dapatkan sampul raya istimewa tersebut, korang hanya perlu membeli belah dengan minima belian sebanyak RM250(RM150 pula untuk pemegang kad kredit HSBC).
Aktiviti ini berlangsung dari 17 Jun 2016 sehingga 10 Julai 2016. So boleh ajak kawan-kawan atau family korang beraya di Sunway Pyramid Mall untuk merasai suasana era 1960an. Bila lagi nak rasa suasana raya yang bertemakan retro klasik macam ni. Syokk tuu!
Admin pun cadang nak pergi lagi sekali. Mana la tahu dapat jumpa dengan korang. Boleh lah kita melepak sekali kan. Hehehee. Jom!