“Budak Sekolah Sekarang Perangai Macam Monyet, Beruk, Ungka” – Che Ta Pertimbang ‘Home School’ Aaisya Dhia Rana

Hiburan

“Budak Sekolah Sekarang Perangai Macam Monyet, Beruk, Ungka” – Che Ta Pertimbang ‘Home School’ Aaisya Dhia Rana

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes jenayah yang berlaku di sekolah ketika ini sehingga mempertimbangkan untuk anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, mengikuti pembelajaran di rumah (home schooling).

Che Ta, 52, berkata langkah itu diambil sebagai langkah keselamatan, susulan beberapa kejadian tidak diingini membabitkan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan.

Advertisement

Aaisyah lepas ini tak payah pergi sekolah. Budak sekolah sekarang ini tak tahu makan apa, perangai pelik macam monyet, beruk, ungka, semua lah.

Panggil sahaja cikgu datang rumah, cikgu pun cikgu perempuan. Sekarang jadi mak yang ada anak perempuan, takutlah Ya Allah. Macam-macam hal.

Menurut Che Ta, beliau juga merancang untuk mengupah guru wanita bagi mengajar Aaisyah di rumah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan anak perempuannya itu lebih terjamin.

Walaupun tutur katanya kedengaran berseloroh, luahan ibu kepada tiga cahaya mata itu jelas menggambarkan keresahan yang turut dirasai oleh ramai ibu bapa, terutama selepas beberapa kes mengejutkan berlaku baru-baru ini, termasuk kes rogol di dalam kelas serta kes pelajar perempuan maut ditikam rakan sekolah di Petaling Jaya.

Rozita che wan

Dalam video yang sama, Che Ta turut menegur anaknya yang hanya tersenyum mendengar bebelan itu.

Aaisyah, jangan senyum-senyum. Hal ini serius.

Rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Che Ta, malah ramai yang mengakui turut berasa takut menghantar anak ke sekolah pada zaman sekarang.

Ada juga yang menyokong cadangan home schooling dengan menasihati agar Aaisyah tetap mengikuti silibus yang diiktiraf serta memperkukuh ilmu agama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Isteri nubhan
2025-10-17 16:37:07

“Tak Dapat Tengok Abah, Tengok Anak Pun Cukup Dah” – Hantaran Dr. Afifah Undang Perhatian, Pilih Untuk Berdamai Dengan Takdir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...