“Budak Sekarang Risau Betul” – Ibu Terkejut Anak Darjah 3 Dapat Surat Cinta, Siap Ada Lukisan Berdua Atas Katil

Kehidupan

“Budak Sekarang Risau Betul” – Ibu Terkejut Anak Darjah 3 Dapat Surat Cinta, Siap Ada Lukisan Berdua Atas Katil

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian seorang ibu yang terkejut apabila anak perempuannya yang baru menjangkau usia 9 tahun menerima sepucuk surat cinta dari seorang kanak-kanak lelaki di sekolahnya.

Menerusi video berkenaan, pada permulaan surat tersebut tiada apa yang pelik mahupun cringe, namun berderau hati seorang ibu apabila melihat terdapat lukisan yang mencurigkan di halaman ke-3 surat berkenaan.

Advertisement

Ia seakan-akan lukisan orang sedang membuang air kecil sambil berdiri di dalam tandas dan lukisan orang sedang berdua-duaan di atas katil.

anaqi

Anak memang akan report kalau ada benda-benda pelik… Ish lah budak sekarang risau betul.

Bapa kepada kanak-kanak perempuan tersebut akui kesal dengan perkara itu dan melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas untuk pantauan lanjut.

Kecik lagi dah pandai lukis macam tu… dekat toilet tu dia buat apa?

@ammi.miazill_kaklong

Jd aku pun cepat2 bgtau guru kelas anak aku dgn harapan cikgu dpt pantau & nasihat bdk tu. & yes aku minta ckgu beritau jg parents bdk tu. Sbb kita xtau apa yg dia nmpak atau tgk di rumah. Mia mmg da dididik setiap masa ttg batas pergaulan ni dri tadika lagi. Dia mmg akan report kat mummy dia klu ada benda2 pelik camni. Aishhh la bdk2 zmn skrg ni risau btul. Ye btul Mia cantik mcm mummy dia sbb ramai peminat ?

? Oh No – Kreepa

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat bahawa perkara itu bukanlah satu gurauan yang boleh dipandang remeh.

“Bukan gurauan lagi kalau lukis orang atas katil tu, lebih baik consult parents dan kaunseling sekolah, haih risau,” tulis seorang netizen.

“Kalau tulis nama lepastu letak love tu okay lah lagi, tapi yang lukis tidur atas katil. It’s too much lah, report dekat family budak tu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Twitter Dr Zulkifli
2 years ago

"Kalau Muslim Jadi Zombi Kita Mati Syahid Tak?"- Diaju Soalan 'Luar Kotak', Respon Dr Zulkifli Cuit Hati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...