Budak Perempuan 6 Tahun Dirogol Anak Pengasuh

Trending

Budak Perempuan 6 Tahun Dirogol Anak Pengasuh

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dihantar ke rumah pengasuh di Alor Gajah oleh ibunya, dilaporkan telah dirogol oleh anak tiri pengasuh itu.

Mengikut laporan The Star online, polis sedang menyiasat kemungkinan anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol yang paling muda di Malaysia.

Advertisement

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke kedai runcit berdekatan.

Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, memberitahu The Star bahawa beliau masuk ke dalam rumah pengasuh itu melalui pintu belakang, apabila sangsi melihat rumah yang sunyi sepi itu.

“Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari sebuah bilik dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan nampak terkejut.

“Selepas menenangkan kanak-kanak itu, saya memeriksa rumah itu dan mendapati budak lelaki itu bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi bilik. Dia memakai seluar sahaja dan apabila ditanya, dia menjawab dia sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama.

“Saya syak sesuatu tidak kena dan terus menelefon ibu kanak-kanak perempuan itu,” kata Shima kepada The Star.

The Star turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu menceritakan kepada ibunya bahawa budak lelaki tersebut telah berbaring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat di kemaluannya.

Ibunya membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di atas kesalahan merogol.

Sumber: Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...