Budak Paling Gemuk Di Dunia Kini Terhapus Gelaran Tersebut

Kehidupan

Budak Paling Gemuk Di Dunia Kini Terhapus Gelaran Tersebut

Pernah digelar budak paling gemuk di dunia, Arya Permana, 13, kini mampu tersenyum selepas hilang lebih 100 kilogram (kg).

Tiga tahun lalu, berat Arya mencecah 192kg dan selepas beberapa inisiatif dilakukan beratnya turun kepada hampir 86kg.

Advertisement

Pada usia 10 tahun, kehidupannya tidak seperti kanak-kanak lain di mana dia sukar berjalan selain terpaksa bersekolah di rumah.

Disebabkan berat berlebihan mampu memberi risiko kepada nyawanya, kedua ibu bapa Arya memutuskan untuk membuat pembedahan pintasan gastrik.

Advertisement

Bapanya, Ade Somantri mengakui dia dan isteri memanjakan Arya sejak berusia lima tahun.

Jika dia mahu minum atau makan makanan manis, kami beri sahaja. Jika dia mahu makan mi segera, kami masakkan untuknya.

Menurut Ade, pada awalnya dia tidak mahu anaknya dibedah namun selepas doktor menerangkan dan menunjukkan prosedur pembedahan, dia akhirnya setuju.

Jika dulu dia makan dua pinggan besar lima kali sehari, tetapi sekarang dia akan muntah jika makan berlebihan.

 

Bagi Arya, dia kini lebih gembira kerana boleh berjalan kaki ke sekolah dan bermain bersama rakannya.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...