Budak Melecur Terkena Kuah Tomyam, Tadika Diperintahkan Bayar Ganti Rugi RM403,018.74

Trending

Budak Melecur Terkena Kuah Tomyam, Tadika Diperintahkan Bayar Ganti Rugi RM403,018.74

mahkamah

Sebuah tadika telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM403,018.74 kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas didakwa cuai sehingga menyebabkan kanak-kanak itu melecur di beberapa bahagian anggota badan akibat terkena kuah tomyam.
Hakim, Adli Abd Ghalib membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan oleh Nur Airish Daniesya Norizal.

Advertisement

Harian Metro melaporkan, Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi khas RM83,018.74, ganti rugi am RM220,000 dan ganti rugi teladan RM100,000.

Plaintif, melalui ibunya, Nur Ashikin M Ariffin memfailkan saman menuntut ganti rugi RM500,000 terhadap tadika itu menerusi Tetuan Rozma Baharin & Coselepas didakwa cuai sehingga plaintif yang ketika itu berusia tiga tahun mengalami kecederan dan menanggung kesakitan berpanjangan.

Dalam penyataan tuntutan tersebut, pada 10.13 pagi, 25 Ogos 2014 ibu kandung plaintif menerima panggilan dari defendan yang mengatakan plaintif cedera dan melecur akibat terkena sesuatu sebelum dia dimaklumkan oleh kakitangan tadika defendan bahawa plaintif terkena kuah masakan panas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...